Total Pageviews

Tuesday, 28 June 2011

..About 'My Possible Tumor' (2)

Hari tu aku ada cerita pasal ketumbuhan kat soft palate aku. Dan setelah seminggu prepare diri aku secara mentally, akhirnya hari isnin lepas, aku memberanikan diri untuk pergi check kat sebuah hospital kerajaan kat Ipoh.

Yup, hospital kerajaan. Semua orang tau layanan diorang memang agak kureng sikit. Aku tak kisah. Lantak la.

Tapi tak sangka lak perangai doktor kat situ pun agak tak brapa bole jugak. Ingat dah belajar bertahun-tahun nak jadi doktor ni, dah profesional la perangai tu, tapi hampeh. Aku tak kisah.  Lantak kau la.

2 jam aku tunggu baru boleh jumpa doktor, ingat apa la emergency sangat sampai nurse yang kat kaunter tu kejap masuk, kejap keluar, rupanya sibuk dok belek muka dia kat cermin tengok jerawat. Bodo punya nurse. Aku tak kisah. Sabar je la.

Dapat jumpa doktor, dia dok sibuk marah-marah assisstant dia pasal hari tu ramai sangat pesakit. Lantak kau la doktor. Aku tak kisah. Janji jangan kacau hidup aku.

Pastu dengan professionalnya, dia diagnose aku tanpa tengok muka, tanpa tanya panjang-panjang. "Sakit mana?", "Soft palate". Pap, dia bagi aku pil vitamin C dengan paracetamol. Habis cerita. Wah, hebat gila engkau ye.

Ha, tapi yang tu aku rasa tak puas hati sikit. Aku tunggu punya la lama, macam tu je engkau buat kerja, macam siyal perangai kau ni kau tau tak doktor siyal. Orang bayar gaji kau beribu-ribu sebulan tu suruh kau rawat pesakit la, bukan suruh kau makan gaji buta.

Kesimpulannya tak setel lagi la problem aku ni. Tak dapat-dapat lagi la aku nak tau apa kebendanya bendalah kat langit-langit aku ni.

Semua pasal engkau la doktor Siyal
Pasni nampak gaya kena pergi hospital swasta la pulak.


Apa-apapun. Love love. Hate doktor siyal.

No comments:

Post a Comment