Total Pageviews

Friday, 17 June 2011

..About 'Rage'

Ok, sebut pasal tumor dan kanser kat bawah tu, teringat aku yang aku dulu-dulu panas baran sikit. Ada kaitan ke? Tunggu la, nanti ada la tu. Sekarang pun ada lagi sikit-sikit perangai baran tu, tapi sekarang dah boleh kawal dah, kalau marah pun setakat mulut je la, tu pun kalau aku fikir situasi tu memang memerlukan aku untuk marah. Kira matang dah la sekarang. Hahaha! Dulu memang kalau dah marah segala tangan dan kaki semua naik, otak pun dah macam kena rasuk, tak boleh fikir apa-apa dah. Boleh kata macam jadi 'gila' la kejap.

Bila aku dah belajar sikit-sikit pasal perubatan ni, aku pun cubalah kaitkan situasi di atas tu mengikut pandangan perubatan. Yup, marah atau rage ni adalah disebabkan oleh rangsangan hormon adrenaline. So orang yang senang naik marah ni, adalah orang yang kelenjar adrenal dia senang dirangsang untuk mengeluarkan hormon tu. Kalau kena cubit sikit pun dah berliter-liter hormon adrenaline dia keluar, tu yang mengamuk tak ingat dunia tu, macam tu la contohnya.


Baru-baru ni aku ada menonton satu cerita bersiri orang putih, cerita pasal benda ni la, dalam cerita tu tunjuk ada sesetengah orang, yang kelenjar adrenal dia mengeluarkan hormon secara melampau. Sampai kena jeling sikit pun dah sanggup berbunuh-bunuh. Orang tu biasanya adalah pengidap pheochromocytomas ataupun kanser kat kelenjar adrenal. Kanser tu akan mengganggu kelenjar adrenal dengan merangsangnya mengeluarkan hormon pada masa-masa yang tidak patut. Sebab tu la emosi pengidapnya jadi tidak stabil. 

Selepas tengok cerita tu, terfikir gak aku, perlu ke kita periksa semua penjenayah yang terlibat dengan kes-kes berat seperti bunuh dan sebagainya, periksa samada dia tu adalah pengidap pheochromocytomas atau tidak. Bukan untuk menidakkan kesalahan dan dosa mereka, yang salah memang la patut dihukum, segala dosa dan pahala tu kerja ALLAH S.W.T, sekadar untuk dijadikan sebagai panduan statistik, kalau la memang benda ni adalah penyebab utama jenayah berat tu semua, kan kita boleh berpada-pada lain kali macam buang benda ni awal-awal lagi ke kalau dapat kesan, atau pun minta orang yang beremosi tidak stabil seperti itu supaya periksa kehadiran benda tu awal-awal. Tu sebagai contoh je la. Tapi kan mencegah tu lebih baik. Semua orang pun benci jenayah, semua orang pun nak hidup aman, kan?

Berbalik semula pada aku. Aku amat bersyukur setakat aku hidup ni, aku dikelilingi oleh ramai kawan yang amat memahami diri aku. Kalau mereka nampak aku macam dah naik marah sikit, mereka akan cuba untuk menyejuk dan menghiburkan aku semula. Terima kasih kepada semua kawan-kawan aku. Terima kasih kerana sudi melayan kerenah aku dan terima kasih kerana sentiasa bersabar dengan aku selama ini. I LOVE YOU ALL AND REALLY MISS YOU ALL!! Kepada anda semua, jikalau ada antara rakan-rakan anda yang bersifat panas baran seperti ini, fahamilah dia, bantulah dia, dan janganlah pulaukan ataupun membenci dia, kerana semua perangai itu bukanlah datang dari hati nurani mereka, hanyalah sekadar bisikan gangguan dari adrenaline. Mereka pun taknak jadi camtu sebenarnya.

Apa-apapun. Love love. Hate hate. 

No comments:

Post a Comment