Dan pada awal tahun ni, bengkak kat gusi tu dah takde lagi dah, so aku pun dah lupalah pasal semua tu sampai lah dua minggu lepas, aku perasan kat soft palate aku ada bengkak sikit. Tapi sekarang aku dah boleh kata agak tahu jugak la pasal-pasal penyakit ni so tak mungkin la aku nak diamkan aje. Aku agak benda tu adalah TUMOR. Lagipun dalam tempoh 2 minggu ni aku rasa benda tu dah semakin membesar. Mestilah aku nak pergi periksa kat hospital nak confirmkan tapi untuk 'menenangkan' jiwa aku, aku check dulu kat internet pasal tumor kat soft palate ni, dan apa risikonya.
Aku dapat maklumat tu kat sini...
Site 1
Site 2
Pergh, bila aku baca semua tu, takut jugak aku jadinya, tak sangka pulak benda ni bahaya, takut pulak aku nak pergi periksa kat hospital sebab takut nak terima kenyataan kalaulah aku betul-betul ada benda ni. Kalaulah betul benda tu tumor, harap ianya hanyalah benign bukan malignant.
Ya ALLAH, bagilah aku kekuatan. amin.
Mungkin minggu depan aku akan pergi periksa benda ni. Yes, you can do it OneZero!
Apa-apapun. Love love. Hate hate.
No comments:
Post a Comment