Hari tu aku ada cerita pasal ketumbuhan kat soft palate aku. Dan setelah seminggu prepare diri aku secara mentally, akhirnya hari isnin lepas, aku memberanikan diri untuk pergi check kat sebuah hospital kerajaan kat Ipoh.
Yup, hospital kerajaan. Semua orang tau layanan diorang memang agak kureng sikit. Aku tak kisah. Lantak la.
Tapi tak sangka lak perangai doktor kat situ pun agak tak brapa bole jugak. Ingat dah belajar bertahun-tahun nak jadi doktor ni, dah profesional la perangai tu, tapi hampeh. Aku tak kisah. Lantak kau la.
2 jam aku tunggu baru boleh jumpa doktor, ingat apa la emergency sangat sampai nurse yang kat kaunter tu kejap masuk, kejap keluar, rupanya sibuk dok belek muka dia kat cermin tengok jerawat. Bodo punya nurse. Aku tak kisah. Sabar je la.
Dapat jumpa doktor, dia dok sibuk marah-marah assisstant dia pasal hari tu ramai sangat pesakit. Lantak kau la doktor. Aku tak kisah. Janji jangan kacau hidup aku.
Pastu dengan professionalnya, dia diagnose aku tanpa tengok muka, tanpa tanya panjang-panjang. "Sakit mana?", "Soft palate". Pap, dia bagi aku pil vitamin C dengan paracetamol. Habis cerita. Wah, hebat gila engkau ye.
Ha, tapi yang tu aku rasa tak puas hati sikit. Aku tunggu punya la lama, macam tu je engkau buat kerja, macam siyal perangai kau ni kau tau tak doktor siyal. Orang bayar gaji kau beribu-ribu sebulan tu suruh kau rawat pesakit la, bukan suruh kau makan gaji buta.
Kesimpulannya tak setel lagi la problem aku ni. Tak dapat-dapat lagi la aku nak tau apa kebendanya bendalah kat langit-langit aku ni.
Semua pasal engkau la doktor Siyal
Pasni nampak gaya kena pergi hospital swasta la pulak.
Apa-apapun. Love love. Hate doktor siyal.
Tuesday, 28 June 2011
Friday, 17 June 2011
..About 'Rage'
Ok, sebut pasal tumor dan kanser kat bawah tu, teringat aku yang aku dulu-dulu panas baran sikit. Ada kaitan ke? Tunggu la, nanti ada la tu. Sekarang pun ada lagi sikit-sikit perangai baran tu, tapi sekarang dah boleh kawal dah, kalau marah pun setakat mulut je la, tu pun kalau aku fikir situasi tu memang memerlukan aku untuk marah. Kira matang dah la sekarang. Hahaha! Dulu memang kalau dah marah segala tangan dan kaki semua naik, otak pun dah macam kena rasuk, tak boleh fikir apa-apa dah. Boleh kata macam jadi 'gila' la kejap.
Bila aku dah belajar sikit-sikit pasal perubatan ni, aku pun cubalah kaitkan situasi di atas tu mengikut pandangan perubatan. Yup, marah atau rage ni adalah disebabkan oleh rangsangan hormon adrenaline. So orang yang senang naik marah ni, adalah orang yang kelenjar adrenal dia senang dirangsang untuk mengeluarkan hormon tu. Kalau kena cubit sikit pun dah berliter-liter hormon adrenaline dia keluar, tu yang mengamuk tak ingat dunia tu, macam tu la contohnya.

Baru-baru ni aku ada menonton satu cerita bersiri orang putih, cerita pasal benda ni la, dalam cerita tu tunjuk ada sesetengah orang, yang kelenjar adrenal dia mengeluarkan hormon secara melampau. Sampai kena jeling sikit pun dah sanggup berbunuh-bunuh. Orang tu biasanya adalah pengidap pheochromocytomas ataupun kanser kat kelenjar adrenal. Kanser tu akan mengganggu kelenjar adrenal dengan merangsangnya mengeluarkan hormon pada masa-masa yang tidak patut. Sebab tu la emosi pengidapnya jadi tidak stabil.
Selepas tengok cerita tu, terfikir gak aku, perlu ke kita periksa semua penjenayah yang terlibat dengan kes-kes berat seperti bunuh dan sebagainya, periksa samada dia tu adalah pengidap pheochromocytomas atau tidak. Bukan untuk menidakkan kesalahan dan dosa mereka, yang salah memang la patut dihukum, segala dosa dan pahala tu kerja ALLAH S.W.T, sekadar untuk dijadikan sebagai panduan statistik, kalau la memang benda ni adalah penyebab utama jenayah berat tu semua, kan kita boleh berpada-pada lain kali macam buang benda ni awal-awal lagi ke kalau dapat kesan, atau pun minta orang yang beremosi tidak stabil seperti itu supaya periksa kehadiran benda tu awal-awal. Tu sebagai contoh je la. Tapi kan mencegah tu lebih baik. Semua orang pun benci jenayah, semua orang pun nak hidup aman, kan?
Berbalik semula pada aku. Aku amat bersyukur setakat aku hidup ni, aku dikelilingi oleh ramai kawan yang amat memahami diri aku. Kalau mereka nampak aku macam dah naik marah sikit, mereka akan cuba untuk menyejuk dan menghiburkan aku semula. Terima kasih kepada semua kawan-kawan aku. Terima kasih kerana sudi melayan kerenah aku dan terima kasih kerana sentiasa bersabar dengan aku selama ini. I LOVE YOU ALL AND REALLY MISS YOU ALL!! Kepada anda semua, jikalau ada antara rakan-rakan anda yang bersifat panas baran seperti ini, fahamilah dia, bantulah dia, dan janganlah pulaukan ataupun membenci dia, kerana semua perangai itu bukanlah datang dari hati nurani mereka, hanyalah sekadar bisikan gangguan dari adrenaline. Mereka pun taknak jadi camtu sebenarnya.
Apa-apapun. Love love. Hate hate.
..About 'My Possible Tumor' (1)
Pada dekat penghujung tahun lepas, aku perasan gusi aku (atas gigi incisor sebelah kiri) selalu membengkak, dan bila aku picit bengkak tu darah akan keluar. Bila darah dah abis kuar, dia surut kejap, pastu bengkak balik. Masa tu aku ingat itu cuma sakit mulut biasa so aku takdelah kalut-kalut sangat nak pergi check kat hospital atau apa. Tapi lepas tu, aku perasan ada bengkak sikit dekat ngan aku punya nostril sebelah kiri. Gelabah jugak la aku masa tu fikir apa kebendalah bengkak ni, tapi sebab masa tu aku agak jahil pasal bab-bab penyakit ni, aku diamkan je la. Lagipun malas nak berperasangka buruk masa tu.
Dan pada awal tahun ni, bengkak kat gusi tu dah takde lagi dah, so aku pun dah lupalah pasal semua tu sampai lah dua minggu lepas, aku perasan kat soft palate aku ada bengkak sikit. Tapi sekarang aku dah boleh kata agak tahu jugak la pasal-pasal penyakit ni so tak mungkin la aku nak diamkan aje. Aku agak benda tu adalah TUMOR. Lagipun dalam tempoh 2 minggu ni aku rasa benda tu dah semakin membesar. Mestilah aku nak pergi periksa kat hospital nak confirmkan tapi untuk 'menenangkan' jiwa aku, aku check dulu kat internet pasal tumor kat soft palate ni, dan apa risikonya.
Aku dapat maklumat tu kat sini...
Site 1
Site 2
Pergh, bila aku baca semua tu, takut jugak aku jadinya, tak sangka pulak benda ni bahaya, takut pulak aku nak pergi periksa kat hospital sebab takut nak terima kenyataan kalaulah aku betul-betul ada benda ni. Kalaulah betul benda tu tumor, harap ianya hanyalah benign bukan malignant.
Ya ALLAH, bagilah aku kekuatan. amin.
Mungkin minggu depan aku akan pergi periksa benda ni. Yes, you can do it OneZero!

Monday, 13 June 2011
..About 'My Asylum'
I can't write.
Yup, aku memang fail bab-bab menulis ni. Cikgu BM sekolah aku dulu pun selalu cakap yang gaya penulisan aku ni kelam kabut. Tak kisah la pasal aku ni memang tak berapa suka pun menulis ni.
Tapi aku suka berfikir. Bila aku baca paper, baca berita tentang sesuatu, aku suka buat analisa tentang benda yang terjadi dan otak aku pun mula la buat rumusan dan kesimpulan yang pelik-pelik. Dan kalau aku beritahu benda tu kat orang lain, memang dah sah-sah dia akan cop aku gila. Dan sebab itulah blog ini tercipta. Tempat aku nak luahkan pandangan aku tentang sesuatu.
Aku namakan blog ni ONE ZERO ASYLUM. It means this blog is MY ASYLUM. Maksudnya aku bebas la nak cerita apa-apa pun kat sini. Tak kisah la benda tu lojik ke tak atau gila ke tak, dah namanya pun asylum, maksudnya tempat orang gila.
So you may love it and you may hate it, but everything in here is just my own opinion about something. No offense to anybody and i never mean any harm to whomever that will be refer directly or indirectly in my story. So peace
Love love. Hate hate.

Subscribe to:
Posts (Atom)