Total Pageviews

Monday, 21 November 2011

..About 'Like And Unlike'

Bila aku 'like' seseorang perempuan, aku akan sayang dia dengan sepenuhnya, aku akan cuba bagi 100% pada dia, dan aku akan cuba tetapkan kesetiaan aku pada dia semaksima mungkin.Tapi itu tidak bermaksud aku tidak boleh meng 'unlike' kan dia semula selepas itu. Tapi aku tidaklah kejam sangat sampai senang-senang je boleh 'unlike' orang macam tu je. Semua itu pun aku buat biasanya kerana mempunyai sebab dan faktor.



Antara contoh-contoh sebab yang popular yang biasanya membuatkan aku terpaksa meng 'unlike' kan seseorang perempuan itu adalah :

1) Dia dah ada boyfriend. (Sebab yang paling popular.. :'( )
2) Dia tak suka aku.
3) Dia tidur dengan lelaki lain. (Yup, pernah terjadi, sampai sekarang aku terasa lagi sakitnya hati ini..)
4) Dia pemalas. (Pernah terjadi, nak tolong mak kat dapur pun malas, apa la pompuan ni..)
5) Dia tak matang.

Dan itulah di antara beberapa sebab yang popular. Dan aku nak tegaskan di sini, aku 'unlike' seseorang perempuan tu bukanlah bermaksud aku dah benci pada dia, jauh sekali aku nak marah-marah kat dia. Bagi aku soal berpasangan ni adalah ditentukan daripada 2 hati. Jika salah satu hati mengatakan 'tidak', maka hati yang satu lagi perlu akur dan rela, tidak perlulah nak mengamuk dan membenci individu yang satu lagi. Aku 'unlike' tidak bermaksud aku membuang seseorang itu, malah sayang aku pada dia masih hampir sama seperti sebelumnya, aku cuma sekadar membuang segala harapan yang pernah aku simpan sebelum itu, harapan untuk 'berpasangan' dengan dia. Aku akur dengan kehendak dia yang telahpun menemui 'bahagianya' pada diri seseorang yang lain. Mungkin takdir telahpun menentukan yang aku dengan dia hanyalah tidak lebih dari seorang kawan.

Tetapi sekarang aku menemui satu alasan yang paling baru.

6) Dia belum bersedia untuk berpasangan.

Inilah yang membuatkan fikiran aku buntu sekarang. Perlukah aku menunggunya? Sanggupkah aku menahan perasaan aku untuk dia, mungkin 2 tahun, atau mungkin 4 atau 5 tahun lagi sedangkan umur aku sudah semakin lanjut sekarang ini. Beberapa malam aku memmikirkan perkara ini dan akhirnya aku membuat justifikasi aku sendiri.

Dan bagi aku SHE IS WORTH IT!

Jadi aku akan terus menunggunya selama yang aku mampu, sehinggalah dia membuka pintu hatinya untukku ataupun dia telahpun dimiliki oleh orang lain sepenuhnya. Wallahualam. Kita cuma merancang dan berdoa tapi ALLAH yang menentukan segalanya. Semoga Dia kuatkan hati aku untuk menempuh perjalanan hidup aku ini dan untuk menghadapi dugaan-dugaan yang diberikanNya. Amin.

Love Allah. Hate hate.

No comments:

Post a Comment