'Love love. Hate hate.' Aku suka perkataan ni. Hari tu ada orang tanya aku, kenapa aku selalu tambah perkataan ni pada hujung setiap entry aku? Biar aku cerita sikit kat sini kisah di sebaliknya, Jeng..jeng..jeng...
Siapa kenal Marilyn Manson? Yup, dia adalah kafir laknat yang setiap lagunya penuh dengan unsur-unsur syirik, pemujaan, seks dan bermacam-macam lagi benda yang amat tidak elok untuk didengar. Orang islam adalah tidak digalakkan untuk mendengar lagu kumpulan ni kerana takut terpesong akidah tu.
Masa aku zaman-zaman sekolah dulu, aku adalah antara peminat setia kumpulan ni. Memang malu untuk aku buat pengakuan ni tapi aku terpaksa terima hakikat yang pada masa tu, aku adalah amat jahil dan boleh dikatakan agak 'nakal' sikit. Salah satu album dia yang amat aku minat pada masa tu adalah satu album konsert live mereka yang kalau tak silap aku dikeluarkan pada tahun 1999.
Dalam konsert tu, si Manson ni ada la menjerit satu anthem kat peminat-peminat dia tu. Anthem tu berbunyi, "We hate love. We love hate."("Kami bencikan cinta. Kami cintakan benci.") Dan jeritan dia tu diikut beramai-ramai oleh peminat-peminat dia yang datang ke konsert tu. Aku yang amat jahil pada masa tu pun terikut-ikut jugak la dengan anthem si Manson ni pada masa tu, sampaikan kat katil aku, almari aku, buku sekolah aku pun aku tulis perkataan, "We hate love, We love hate" ni.
Bila aku dah besar panjang ni, dah reti berfikir sikit, aku teringat la semula cerita-cerita lama tu. Bila terfikir-fikir balik, memang bodohnya aku pada masa tu. Kenapa la nak dibencinya 'cinta' tu, dan kenapa la nak dicintanya 'benci' tu. So aku buat la anthem baru aku sendiri yang berbunyi, "I love 'love'. I hate 'hate"("Aku cintakan cinta. Aku bencikan benci.") Atau bila diringkaskan jadilah 'Love love. Hate hate.' Tu aje ceritanya, tak de la best sangat pun..huhu.
Apa-apapun. Love love. Hate Marilyn Manson.
No comments:
Post a Comment