Total Pageviews

Friday, 19 August 2011

..About 'My Decadence'

Hidup aku, luck aku, perangai aku, malah kematangan aku sendiri, aku rasakan agak 'decadence' (merosot) sikit sejak kebelakangan ni. Dari penghujung tahun lepas sehingga ke pertengahan tahun ini, aku dapat rasakan semua itu menjunam-junam naik sehingga ke paras maksimum dan aku amat 'enjoy' life aku pada masa itu tetapi sekarang semua itu dah menurun balik. Aku rasakan seolah-olah aku hampir kembali menjadi 'diri aku yang dahulu'. Dan itu amat menakutkan aku sendiri.

Aku tidak akan membenarkan semua itu terjadi. First aku kena motivate balik diri aku. Buang semua elemen-elemen yang tidak penting dari hidup aku yang telah aku kutip tanpa aku sedari selama ini. Second, aku kena jaga mulut aku. Memang aku jujur dalam bercakap, tapi kejujuran tu kadang-kadang boleh mendatangkan berbagai-bagai masalah besar so aku kena berpada-pada lain kali.

Itulah azam aku sempena bulan puasa yang mulia ini. Lagu tema untuk motivasi diri aku kali ini ialah lagu Decadence dari kumpulan Disturbed dipetik dari album ketiga mereka 'Ten Thousands Fists'.. Layaaaan...




"Yes they know that you hurt yourself another time,
Don't they know that you've full of pain already,
Yes they know that you hurt yourself another time,
Decadence isn't easy, is it?

Then you slowly recover your mind,
Why your soul's gone cold and your hope has run dry,
Dead inside,
Never enough to forget that you're one of the lonely,
Slowly recover your mind..

Am i scare you now?
Don't run from me,
I've been hiding my pain, you see.."



Apa-apapun.. Love love. Hate hate.

..About 'My Tag Line' (2)

Sebut pasal 'hate' dengan 'love' kat bawah tu, aku teringat satu dialog daripada sebuah filem hollywood yang berkaitan dengan benda-benda alah tu semua. Filem ni dah lama dah, tajuk pun aku dah lupa tapi dialog tu memang 'berkesan' dalam hati aku, sebab tu aku ingat sampai sekarang.




Dialog tu berbunyi begini :

" There are 2 wolves fighting inside every man's heart. One is love and the other one is hate.."
" So which one is winning?"
" The one you feed the most.."


Paham tak? Kalau tak paham pandai-pandai la pahamkan sendiri...haha.. Kesimpulannya, 'cinta' itu hendaklah selalu 'dibaja' dalam hati masing-masing. Jangan sampai ia dikalahkan oleh 'benci' sehingga 'benci' itu menguasai diri..


Apa-apapun.. Love love. Hate hate.

Wednesday, 3 August 2011

..About 'My Tag Line' (1)

'Love love. Hate hate.' Aku suka perkataan ni. Hari tu ada orang tanya aku, kenapa aku selalu tambah perkataan ni pada hujung setiap entry aku? Biar aku cerita sikit kat sini kisah di sebaliknya, Jeng..jeng..jeng...


Siapa kenal Marilyn Manson? Yup, dia adalah kafir laknat yang setiap lagunya penuh dengan unsur-unsur syirik, pemujaan, seks dan bermacam-macam lagi benda yang amat tidak elok untuk didengar. Orang islam adalah tidak digalakkan untuk mendengar lagu kumpulan ni kerana takut terpesong akidah tu.

Masa aku zaman-zaman sekolah dulu, aku adalah antara peminat setia kumpulan ni. Memang malu untuk aku buat pengakuan ni tapi aku terpaksa terima hakikat yang pada masa tu, aku adalah amat jahil dan boleh dikatakan agak 'nakal' sikit. Salah satu album dia yang amat aku minat pada masa tu adalah satu album konsert live mereka yang kalau tak silap aku dikeluarkan pada tahun 1999. 

Dalam konsert tu, si Manson ni ada la menjerit satu anthem kat peminat-peminat dia tu. Anthem tu berbunyi, "We hate love. We love hate."("Kami bencikan cinta. Kami cintakan benci.") Dan jeritan dia tu diikut beramai-ramai oleh peminat-peminat dia yang datang ke konsert tu. Aku yang amat jahil pada masa tu pun terikut-ikut jugak la dengan anthem si Manson ni pada masa tu, sampaikan kat katil aku, almari aku, buku sekolah aku pun aku tulis perkataan, "We hate love, We love hate" ni.

Bila aku dah besar panjang ni, dah reti berfikir sikit, aku teringat la semula cerita-cerita lama tu. Bila terfikir-fikir balik, memang bodohnya aku pada masa tu. Kenapa la nak dibencinya 'cinta' tu, dan kenapa la nak dicintanya 'benci' tu. So aku buat la anthem baru aku sendiri yang berbunyi, "I love 'love'. I hate 'hate"("Aku cintakan cinta. Aku bencikan benci.") Atau bila diringkaskan jadilah 'Love love. Hate hate.' Tu aje ceritanya, tak de la best sangat pun..huhu.


Apa-apapun. Love love. Hate Marilyn Manson.