Total Pageviews

Friday, 23 September 2011

..About 'Leap Of Faith'

Ada 2 jalan di hadapanku..
1 jalan menuju ke sebuah rumah indah yang suatu ketika dahulu amat aku idami untuk memilikinya..
1 jalan lagi menuju ke sebuah gaung yang dalam dan amat gelap di mana aku perlu terjun ke dalamnya tanpa mengetahui apakah nasib yang akan menimpa aku..



Perlukah aku memilih jalan ke 'rumah indah' itu?Meskipun pintunya terbuka luas seolah-olah menjemput aku masuk dan keindahannya seakan-akan menjanjikan seribu kebahagiaan tetapi aku tidak akan pernah lupa bahawa 'rumah indah' itulah yang suatu ketika dahulu pernah mendera aku, memalukan aku, menghalau aku dan berkali-kali menutup pintunya di saat aku amat memerlukan naungannya dahulu. Tetapi kini apabila aku sudah tawar hati dan sudah berputus asa untuk memenangi kuncinya, ia pula yang seakan-akan menjemput aku untuk berteduh di bawahnya. Apakah ini satu muslihat? Sukar untuk aku mempercayainya lagi dan aku tahu hati aku sudah enggan memenanginya lagi kerana jauh di sudut hati aku, masih tertinggal bekas trauma atas apa yang ia perlakukan pada aku dahulu...



Atau perlukah aku memilih jalan ke gaung yang amat gelap itu? Itu bermakna aku perlu terjun ke dalam sesuatu yang tidak pasti dan aku tahu hanya ada dua nasib yang akan menimpa aku. Leap of Faith . Jika terjunan aku gagal, aku tahu aku akan jatuh ke atas batu-batu yang amat tajam dan keras dan aku tahu ianya amatlah menyakitkan dan diri aku sendiri tidak pasti apakah aku mampu untuk menghadapi deritanya nanti. Tetapi jika terjunan aku berjaya dan aku mendarat di tempat yang selamat, aku tahu ada sebuah syurga yang amat indah menanti aku di bawahnya. Dan itulah destinasi yang amat aku idami dan impikan sekarang..


Aku boleh mengambil jalan selamat memilih jalan ke rumah indah itu dan bernaung di bawahnya tanpa mempercayainya 100% dan melarikan diri apabila terasa ianya sudah mula menghimpit aku tetapi itu bukanlah sesuatu yang aku harapkan sekarang. Jadi aku membuat keputusan untuk Leap Of Faith ke gaung yang gelap dan dalam itu dan aku rela hadapi risiko walau apa pun yang akan terjadi nanti dan walaupun aku terpaksa menderita sekalipun kerana aku tahu....IT IS WORTH IT.




Love love. Hate hate.